Ahad, 22 Mac 2009

SEJARAH PEKAK DI MELAKA

Sejarah Pendidikan Orang Pekak di Malaysia
Pendidikan Khas di Malaysia bermula pada tahun 1920an yang dimulakan oleh badan-badan sukarela yang terlibat dalam pembukaan sekolah-sekolah bermasalah penglihatan. Sebelum1948 Pendidikan untuk golongan kurang upaya hanya melibatkan badan-badan NGO.
1948 Pembukaan SRPK Princess Elizabeth oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di Johor Baharu. Penglibatan oleh kerajaan bermula.
1952 : Dr. C.E. Field, seorang pakar kesihatan kanak-kanak memaklumkan kepada Lady Templer bahawa kanak-kanak pekak mempunyai hak pendidikan. Jawatankuasa rayuan ditubuhkan untuk menerima sumbangan wang bagi tujuan pembinaan sebuah sekolah khas. Cik Joyce Hickes dilantik sebagai guru besar pertama. Populasi : 7 pelajar + 2 guru.
Umur kemasukan : tidak ditetapkan, ada yang berusia 3 atau 4 tahun.
1959 : bilangan pelajar - 60 orang. Murid-murid yang tamat Darjah 6 diajar kemahiran membuat bakul, penggantung baju atau menjahit.
1961 - 1970
Cik Lee K.J. (kini dikenali Dato’ Saleena Yahaya Isa) menggantikan Cik Hickes.
Latihan Vokasional bermula : Pelajar-pelajar lepasan Darjah 6 ditempatkan di pejabat-pejabat ukur tanah, syarikat membuat mesin taip, kedai gunting rambut, kedai menjahit untuk mempelajari kemahiran-kemahiran kerja tertentu. kerana tiada kebenaran melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah. Pelajar dihantar untuk menjalani ‘on-the-job training’.
1962 - Program pendengaran dibuka di Kuala Lumpur di sekolah aliran perdana sebagai percubaan dan kemudiannya diperkembangkan ke 9 buah negeri lain. 1963 - Peningkatan kelas percantuman menjadi 65 kelas di 39 sekolah di seluruh negara.
bilangan murid meningkat ke 600 orang. 1963 - Permulaan latihan Perguruan Pendidikan Khas Cacat Pendengaran di MPIK.
1969 - 1969- FSD berpindah ke Vale of Tempe, Tanjong Bungah untuk menampung jumlah murid yang meningkat. sekumpulan pelajar menduduki Peperiksaan L.C.E. dan mencapai kelulusan 100%. Asrama pertama bagi murid pekak yang menawarkan jurusan akademik dan vokasional. Menjadi sebuah sekolah kerajaan. Menggunakan kaedah pengajaran - oralisme Guru-guru dihantar ke England untuk menerima latihan khas. Sekolah bergantung pada derma ikhlas dan ihsan orang ramai.
Eleanor Culas, bekas pelajar FSD pertama yang berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti Gallaudet Mengundang Profesor Parson berkongsi kaedah “manual signs” dengan guru-guru FSD. ‘kelas rintis’ menggunakan Kaedah Komunikasi Seluruh dimulakan. Selepas percubaan 3 tahun, pencapaian murid dari kelas tersebut jauh lebih baik daripada murid kelas lisan.
1970 - Pelajar pekak diberi pendidikan peringkat menengah.
1978 : Jawatan Kuasa Komunikasi Seluruh ditubuhkan untuk menggubal sistem BMKT.
Kem Pendidikan menggantikan Kaedah Lisan dengan Kaedah Komunikasi Seluruh. Guru-guru FSD mengadakan kelas “Manual Signs” untuk melatih guru-guru khas cacat pendengaran dari seluruh Malaysia di SEOMEO-RECSAM, P. Pinang.
1979 : Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar PelajaranPerakuan 169
"Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerajaan hendaklah mengambil alih sepenuhnya tanggungjawab pendidikan itu dan pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya pada masa ini. Di samping itu penyertaan oleh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan”.
1979 - KDP bertajuk ‘Komunikasi Seluruh’ dianjurkan di MPIK bagi guru-guru yang mengajar masalah pendengaran : kerjasama antara KPM dengan American Peace Corporation 1982 - Kursus peringkat ijazah di luar negara untuk guru-guru terlatih .
1984 - Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah Menengah Pend. Khas Vokasional. 1985 Penubuhan Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Komunikasi Seluruh, untuk perkembangan Sistem Kod Buku Pendidikan Islam, Kod Dasar Agama Islam, Kod Daar KBSR Tahap II BMKT, Kod Tangan Pendidikan Vokasional dan Teknikal.
1986 - Kursus Dalam Cuti bagi guru-guru terlatih untuk mengajar kanak-kanak bermasalah pendengaran dimulakan dengan bilangan 36 orang guru.
1987 Pembukaan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional, Shah Alam.
Latihan lanjutan bagi guru terlatih diberi untuk peringkat pensijilan, diploma dan sarjana di luar negara.

SEJARAH PENDIDIKAN RENDAH DI MELAKA

Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Melaka
Dibahagikan kepada 4 fasa.
Fasa 1 1962-1987
Pada 3 September 1962 projek perintis kelas khas pekak percantuman telah dimulakan di Primary English School Bukit Baru
(Sekolah Kebangsaan Datuk Palembang).
Jumlah murid seramai 22 orang .
Fasa 2 1987-1992
Pada 10 Ogos 1987 Sekolah Rendah Pendidikan Khas Cacat Pendengaran pertama ditubuhkan di negeri Melaka. Ia di tempatkan di bangunan lama Sekolah Kebangsaan Bukit Cina Jalan Puteri Hang Li Po.
Fasa 3 1992-1997
Pada 24.08.1992, Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas telah di arah menumpang di bangunan Sekolah Rendah Seri Bandar Jalan Air Leleh, Melaka.
Fasa 4 1992 Hingga Sekarang
Pada 1 Mac 1997, Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas telah berpindah ke bangunan sendiri di Km. 4 Jln. Semabok di kawasan seluas 12.9 ekar.
Terdapat 6 blok bangunan utama iaitu Blok Pentadbiran, Blok Sokongan (Blok Pakar / Blok Cekal), Blok Akademik (Blok Cerdas),
Blok Asrama Putera dan Puteri dan Dewan Makan Asrama. Terdapat juga padang bola, sebuah garaj bas dan 4 buah rumah guru berkembar 2 tingkat.


SEJARAH PENDIDIKAN MENENGAH DI MELAKA

Program Khas Bermasalah Pendengaran SMK Tun Mutahir mula dibuka pada tahun 1979 .
Program percantuman diperingkat menengah ini merupakan program yang pertama bagi memenuhi keperluan pelajar bermasalah pendengaran di negeri Melaka Di awal pembukaannya terdapat 10 orang pelajar dan seorang guru. Pada tahun 1981 kumpulan pertama pelajarnya menduduki peperiksaan SRP. Pada tahun 2002 pengambilan pertama pelajar bagi tingkatan 4 bermula. Pada tahun 2003 kumpulan pertama pelajar aliran akademik menduduki peperiksaan SPM. Mulai tahun 2008 program menawarkan mata pelajaran MPV pembinaan domestik
Sehingga sekarang terdapat 37orang pelajar dari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 5 .
Bilangan guru ketika ini adalah seramai 14 orang .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan