Isnin, 23 Mac 2009

CIRI-CIRI KEPEKAKAN

JENIS-JENIS MASALAH PENDENGARAN.

Terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu:
i. Masalah Pendengaran Konduktif
Melibatkan bahagian telinga luar dan tengah
Cth: Tersumbat bendasing, serumen yang terlalu kental dan jangkitan (Otitis Media)
ii. Masalah Pendengaran Sensori-Neural (Saraf)
Terjadi di bahagian telinga dalam yang melibatkan koklea saraf pendengaran.
‘Audiotori Pathway’ – Tidak boleh dirawat kecuali menggunakan teknologi terkini spt. Alat bantu dengar yang berkuasa tinggi atau pacakan koklea.
iii. Masalah Pendengaran Campuran.
Melibatkan masalah pendengaran kondutif dan sensori- neural.
iv. Masalah Pendengaran Functional.
Melibatkan masalah pendengaran bukan semulajadi
v. Masalah Pendengaran Sistem Saraf Auditori.
Melibatkan masalah pada fungsi saraf yang lebih kompleks.

JENIS KEHILANGAN PENDENGARAN

Kehilangan pendengaran konduktif (conductive hearing loss).
Kehilangan pendengaran konduktif berlaku akibat gangguan penyaluran ransangan bunyi daripada telinga luar atau telinga tengah ke tingkap bujur di dalam telinga dalam.
Struktur anatomi yang mungkin terlibat jika seseorang mengalami kehilangan pendengaran konduktif:
1. halangan yang berlaku kepada salur auditori/ salur telinga
2. kecacatan pergerakan membran tympanum
3. rantaian osikel telinga terputus

Sebab-sebab kehilangan pendengaran konduktif
Keturunan
Semasa bayi dalam kandungan berlaku kecacatan kepada pekembangan struktur anatomi:
Tiada telinga luar
Atresia – telinga tertutup
Tiada tulang osikel

Kehilangan pendengaran konduktif (conductive hearing loss).
Selepas lahir
Otitis media – inflamasi telinga tengah. Penyakit yang kerap berlaku di kalangan kanak-kanak. Tiub Eustachio tidak berfungsi kerana infeksi trek pernafasan atas (infeksi kerongkong & hidung) menyebabkan telinga tengah tidak befungsi. Keadaan ini juga dikenali sebagai ‘glue ear’.
Jangkitan telinga luar berlaku akibat termasuk benda-benda seperti manik-manik kecil.
Otitis eksternal- infamasi telinga luar- bengkak salur telinga
Tahi telinga/ serumen/ wax- terkumpul menjadi warna coklat & keras dan menyekat salur telinga. Kehilangan pendengaran ini berlaku bersama bunyi berdesing (tinnitus).
Otosclerosis – pertumbuhan tulang yang abnormal pada tulang osikel menyebab pergerakan stapes terhalang. Jadi rantaian osikel terputus
Otosclerosis adalah penyakit keturunan yang kerap terjadi wanita kulit putih
· Membran timpanum berlubang

Kehilangan Pendengaran Sensori-neural
Kehilangan pendengaran yang disebabkan oleh penyakit dalam koklea, saraf auditori atau otak.
Sebab:
Prebyacusis - kehilangan pendengaran yang dialami oleh orang dewasa lebih 50 tahun. Masalah mendengar bunyi-bunyi frekunsi tinggi
Sebab congenital (sejak lahir)
Genetik – kromosom (Sindrom Down)
Infeksi pada ibu mengandung – rubela, Cytomegalovirus (CMV), Syphilis
Jangkitan penyakit pada 3 bulan pertama kandungan.

Semasa lahir
i. Bayi dilahir tidak cukup bulan
ii. Anoxia – kurang oksigen
iii. Jaundice – kadar bilirubin yang tinggi dalam darah menyebabkan saraf
pendengaran di otak rosak.
v. Faktor Rhesus – tidak serasian rhesus.
Selepas Lahir
i. Infeksi bacteria dan virus – mumps, measles, meningitis (hilang pendengaran
sebelah atau kedua-dua sekali)
ii. Kecederaan kepala
iii. Dadah ototoxic
iv.Terdedah kepada bunyi terlalu kuat
v. ‘Tumour’ saraf pendengaran

Kehilangan Pendengaran Sensori-neural
Sebab- sebab kecacatan
i. Sebelum Kelahiran.
Baka
Jangkitan semasa mengandung terutama menghidap beguk dan campak.
Menghidap penyakit beri-beri dan kencing manis.
Pengambilan dadah, alkohol, ubat ototoksik (streptomycin).
Toksemia (awal mengandung)
Jangkitan penyakit: TORCHS (Toxoplasmosis, Other associated diseases, Rubella, Cytomogolovirus(CMV) Herpes dan Syphlis.
ii. Semasa Kelahiran.
Tidak cukup bulan
Kecederaan semasa kelahiran
Penyakit hemolosis yang selalunya disebabkan faktor Rhesus
Masa kelahiran yang lama dan kesukaran kelahiran.
Bayi kurang oksigen
Septicimia

iii. Selepas Kelahiran.
Penyakit berjangkit disebabkan bakteria dan virus.
Kecederaan telinga (kemalangan)
Pengambilan ubat berlebihan ototoksik(streptomycin).
Terdedah pada bunyi yang kuat (lama).
Juandis (demam kuning)
Kurang berat badan (dr. 1500g).

TAHAP-TAHAP MASALAH PENDENGARAN.

i. Ringan: Keupayaan untuk mendengar bunyi antara 25dB - 40 dB. Kanak-
kanak boleh mendengar bunyi-bunyi pertuturan dalam jarak yang
dekat dan berupaya untuk berkomunikasi dengan orang yang
normal.
ii. Sederhana: Keupayaan untuk mendengar bunyi antara 41 dB - 60dB.
Kanak-kanak perlu diberi bantuan alat bantu pendengaran dan terapi pertuturan.
iii. Sed. Teruk: : Keupayaan untuk mendengar bunyi antara 61 dB - 70 dB
Kanak-kanak sukar untuk mendengar bunyi- bunyi Pertuturan dan
pertuturan kanak-kanak initidak jelas kerana pengalaman yang terhad.
iv. Teruk : Keupayaan untuk mendengar bunyi antara 71 dB - 90 dB.
Pada tahap ini kanak-kanak sukar untuk memperolehi pertuturan.

v. Amat Teruk: Keupayaan untuk mendengar bunyi 91 dB dan ke atas .
Kanak-kanak sukar untuk mendengar, bertutur dan memerlukan alat bantuan pendengaran serta terapi pertuturan. Pada tahap ini juga, kanak-kanak ini memerlukan bahasa isyarat untuk tujuan berkomunikasi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan